Saturday, February 22, 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » Pemeriksaan Kereta Percuma Sempena Aidilfitri

Pemeriksaan Kereta Percuma Sempena Aidilfitri

Pemeriksaan Kereta Percuma

KUALA LUMPUR – Puspa­kom Sdn Bhd (PUSPAKOM) menawarkan pemeriksaan su­karela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendir­ian sempena Aidilfitri mulai 22 Julai hingga 7 Ogos depan.
Ketua Pegawai Eksekutif­nya Mohammed Shukor Ismail berkata pemeriksaan secara percuma itu merangkumi pengesahan identiti kender­aan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin yang akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan PUSPA­KOM yang bertauliah.
“Pemeriksaan kenderaan secara percuma ini merupa­kan antara tanggungjawab korporat PUSPAKOM dalam usaha meningkatkan kes­edaran orang ramai terhadap keselamatan kenderaan se­masa musim perayaan.
“Lebih daripada 150 orang pelanggan bertuah akan di­pilih dan berpeluang untuk menerima hadiah sagu hati yang disediakan oleh PUS­PAKOM,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, pelanggan boleh menjalani pemeriksaan percuma itu di semua cawan­gan PUSPAKOM seluruh negara yang dibuka Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
“Bagi cawangan di Kedah, Kelantan dan Terengganu, PUSPAKOM dibuka dari Ahad hingga Khamis mulai jam 8 pagi hingga 5.30 petang manakala Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang,” katanya. Pelanggan hanya perlu meng­hubungi cawangan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu seterusnya pelanggan akan diberi satu waktu pemeriksaan yang spesifik.
Selain itu, Mohammed Shukor berkata pelanggan juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma yang disediakan oleh perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM iaitu pada 29 Julai dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Plus R&R Seremban (arah selatan) dan 30 Julai dari 8 pagi hingga 5 petang di Plus R&R Dengkil (arah utara).
Untuk sebarang pertan­yaan lanjut pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau melayari laman sesawang PUSPAKOM di www.puspa­kom.com.my. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment