TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, apa yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba kepada Umno kini menjadi kenyataan.
Menurutnya, Tun Ghafar selepas bersara sering berkata bahawa Umno nampak saja besar macam gajah tapi kakinya lembik macam plastik dan kini benar-benar terjadi apabila parti itu rosak akibat perbuatan pemimpin mereka sendiri.
"Kini apa yang dikatakan oleh Tun Ghafar Baba sudah jadi kenyataan. Umno nampak gah kerana adanya media dan wang ringgit tetapi pada hakikatnya parti itu menuju keruntuhan akibat perbuatan kepimpinan mereka sendiri, " terangnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Padang Awam, Kampung Jarak Atas semalam.
Menurut Mohamad, beliau masih ingat lagi perkataan tersebut, disebut berulang kali oleh Tun Ghafar semasa beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS ketika itu, Haji Subky Latif menziarahinya yang terlantar sakit.
Kejatuhan Umno juga jelas Mohamad bakal disumbang oleh sikap pemimpin generasi baru parti itu yang dilihat sudah terpesong matlamat perjuangan mereka berbanding generasi terdahulu.
Sebab itu katanya, ramai dikalangan vateran Umno kini sudah sedar dan keluar dari Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin yang baru yang lebih mementingkan kedudukan berbanding kebajikan rakyat.
"Ramai dalam Umno sudah terpesong perjuangan bukan seperti orang veteran.
"Ramai yang tidak tahu perit getir perjuangan yang diterokai, tahu-tahu sudah pegang jawatan yang di dalamnya kantong besar. Apa lagi berebutlah mereka mendapatkanya, " katanya.
Namun, beliau tetap memberi peringatan kepada selruh jentera Pakatan Rakyat agar tidak mengambil sikap selesa walaupun Umno diibarat gajah berkaki plastik.
"Macam Tun Ghafar kata, istilah gajah yang ditujukan kepada Umno nyata besar tapi ingat kaki dia plastik.
"Jadi kita kena ambil api dan layangkan kepada kaki plastik tersebut tentu jadi lembut dan akhirnya gajah yang besar rebah ke bumi," katanya.
PAS perlu mengekalkan pemimpin sedia ada sebagai tanda protes terhadap budaya fitnah dan adu domba yang cuba dibawa sebuah golongan dalam parti Islam itu, kata timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor.
Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Khalid Samad berkata, usaha "golongan muda" itu walaupun bersandarkan slogan "perubahan dan menyelamat", ia sebaliknya merosakkan PAS dari dalam.
"Tolak melalui ‘kekal, cogan kata yang membawa kemenangan di Sungai Limau.
"Kekal budaya politik bersih dan sihat dan kekal saf pimpinan yang sedia ada," katanya yang juga anggota Parlimen Shah Alam.
Menulis dalam blognya semalam, Khalid juga menolak pandangan bahawa jawatan timbalan presiden mestilah seorang ulama kerana ia hanya pandangan bukan ketetapan.
Katanya, berdasarkan Kertas Mesyuarat Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pusat PAS yang dibentangkan Murysidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, jelas dinyatakan bahawa jawatan tertinggi parti sebagai "pelaksana".
"Saya hormati pandangan itu tetapi ‘patik mohon derhaka dalam pemilihan timbalan presiden PAS," katanya.
Pemimpin nilai tambah
Menurut Khalid lagi, timbalan presiden yang harus dipilih mestilah memberikan nilai tambah dan bukannya hanya melakukan perkara yang sama seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Apa guna adanya Timbalan Presiden yang hanya mampu membuat apa yang mampu dibuat Presiden dan itu pun tidak sehandal presiden?" katanya.
Beliau juga berkata, penyandang sedia ada Mohamad Sabu mempunyai kekuatan itu, antaranya mampu memperkukuhkan hubungan PAS-Pakatan dan sokongan bukan Islam.
"Maka perwakilan perlu pilih antara calon yang akan kekal dan kukuhkan Pakatan dan calon yang ingin mengkaji semula hubungan PAS dan Pakatan," katanya.
"Kalau susah untuk dikenali, maka sekali lagi saya syorkan, kekalkan sahaja yang sedia ada," katanya.
GEORGETOWN – Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini dilapor hilang hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, penjaga tokong berkenaan memberkas seorang lelaki yang sedang memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Kuan Yin untuk mencuri berlian itu.
“Lelaki berusia 35 tahun itu dipukul sebelum diserah kepada polis,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata bagaimanapun berlian berusia 200 tahun itu tidak ditemui bersama suspek.
Polis sedang mengambil keterangan daripada penjaga tokong yang melaporkan kehilangan berlian itu untuk siasatan lanjut, katanya. – Bernama
India – Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik.
Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya.
Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.
Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran.
Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu.
“Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya.
“Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya.
Jelas Rajo, ibunya sendiri mengahwini tiga beradik, justeru dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa kelak.
“Saya tahu saya terpaksa menerima mereka semua sebagai suami saya,’’ katanya.
Rajo menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat perhatian yang lebih daripada suami-suami, berbanding kebanyakan isteri yang lain.
Dalam pada itu, Guddu, 21, merupakan suami pertama Rajo berkata, mereka semua menjalin hubungan seks dengan Rajo.
“Saya tidak cemburu. Kami semua adalah satu keluarga yang bahagia.’’ katanya.
Mengikut adat di kampung berkenaan, Rajo perlu menjadikan semua adik beradik berkenaan termasuk Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26 dan Dinesh, 18, sebagai suami.
Dinesh dikahwininya tahun lepas ketika lelaki itu berusia 18 tahun.
Sementara Bajuu pula berkata dia menganggap Rajo sebagai isterinya dan tidur dengan wanita itu sama seperti adik beradiknya yang lain.
Rajo katanya, memasak dan mengemas rumah selain menjaga anak mereka manakala dia dan adik beradiknya keluar bekerja di Dehradun yang terletak di utara India.
KUALA LUMPUR, 18 April — Ekonomi Malaysia akan terus berkembang dengan 5 peratus tahun ini walaupun jika Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya 2013, kata seorang ahli ekonomi hari ini.
Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem yang merupakan profesor ekonomi dan pentadbiran dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) mengatakan kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan PR adalah sama, menyatakan PR akan mengekalkan polisi sedia ada kewangan antarabangsa dan pelaburan asing.
“Urusan seperti biasa setakat hubungan ekonomi dengan negara lain di dunia dan sektor swasta,” kata Mohamed Ariff (gambar) kepada pemberita pada majlis pelancaran Tinjauan Ekonomi Dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Asia dan Pasifik 2013 di sini hari ini.
“Perbezaan adalah dari segi gaya, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang lebih baik,” katanya, merujuk kepada pelaksanaan cadangan dasar ekonomi PR.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.
Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.[Berita Harian]
Menakjubkan! Robot Ikan ciptaan Jepun ini - Anda suka bela ikan ? Tentu ramai yang suka,Tapi leceh untuk menjaganya. Tetapi Robot Ikan yang dicipta oleh syarikat Jepun Takara Tomy A.R.T.S ada penyelesainya. Syarikat ini telah mencipta Robot Ikan yang tidak perlu penjagaan yang rapi dan anda boleh memeliharanya seperti ikan yang sebenar di dalam akuarium.
Robot-Ikan bukan sahaja bertujuan untuk kelihatan seperti ikan sebenar, Malah lebih dari itu, Kelakuan ikan ini didalam akuarium memang kelihatan seperti ikan sebenar, Meragut-ragut rumput seperti sedang mencari makanan dan naik kepermukaan air untuk bernafas. Memang hebat ciptaan orang Jepun ni.
Ikan Robot ini menjadi kegilaan di Jepun untuk di pelihara
Ikan Robot ini seolah-olah sedang mencari makanan di celah batu
Selama ini mungkin Anda merasa sebagai pacar yang normal, perhatian sudah Anda curahkan, kasih sayang tak pernah sedikitpun terlewatkan. Tetapi mengapa Anda masih diduakan ya? Well, mungkin Anda punya ciri-ciri berikut ini:
1. Anda terlalu mudah membiarkan orang baru masuk pada kehidupan pribadi Anda. 2. Anda merasa tidak percaya diri, minder, dan merasa tak bisa hidup sendiri. 3. Anda tahu bahwa hubungan Anda tak sehat, tetapi Anda membiarkannya saja. 4. Hampir semua hubungan masa lalu Anda bermasalah. 5. Anda terlalu mudah jatuh cinta dan terbuai oleh rayuan pria. 6. Anda senang mendengarkan pujian, dan lebih senang mendengarkan kata-kata ketimbang memperhatikan s ikap seseorang. 7. Anda terlalu terbuka, dan tak segan menceritakan tentang keburukan mantan di masa lalu 8. Anda orang yang emosional dan gampang menangis 9. Anda menceritakan permasalahan Anda dengan menggebu-gebu, dan terkadang terlalu berlebihan saat menanggapi masalah. 10. Yang pertama kali Anda nilai dari seseorang adalah penampilannya. 11. Anda takut sendiri dan merasa kesepian. 12. Anda tergila-gila pada film-film drama percintaan yang mengundang air mata. 13. Anda cemburu buta. 14. Anda terlalu posesif dan takut kehilangan. 15. Anda meremehkan teman dan berpusat pada si dia saat berpacaran.
Semangat kesukanan dalam olahraga memang harus dijunjung tinggi. Jangan sampai nilai-nilai sportifiti ternoda oleh kejadian-kejadian memalukan seperti berikut ini. Dalam satu kejuaraan Bulutangkis di Final BWF Canada Open GP 2013. Kedua pemain dari Thailand bertemu di final bergu lelaki yakni Bodin Issara / Pakkawat Vilailak melawan Maneepong Jongjit / Nipitphon Puangpuapech. Pertandingan tersebut berlangsung pada 21/7 . Semula pertandingan berjalan seperti biasanya. Namun ditengah-tengah jalannya pertandingan, Bodin dan Maneepong terlibat pertengkaran hingga saling kejar-mengejar. Pertandingan yang semestinya menjadi perlawanan sesama pebulutangkis Thailand ini berakhir denganperkelahian. Hingga berita ini diturunkan masih belum jelas apa penyebabnya. Seperti dilansir kantor berita AFP, Bodin Issara dan rakannya Pakkawat Vilailak menyerang salah satu pemain lain yakni Maneepong Jongjit. Dalam video dokumentasi terlihat Bodin mengejar mantan patnernya Maneepong melintasi gelanggang dan kemudian memukulnya. Akhirnya Bodin dan Pakkawat diberi sanksi kad hitam atau diskualifikasi, dengan demikian kemenangan otomatik diberikan kepada Maneepong dan pasangannya Nipitphon Puangpuapech yang tidak terlibat dalam perkelahian tersebut. Sungguh sayang kedua pemain Thailand diatas terpaksa kalah sebelum bertanding. Pada akhirnya perjuangan panjang yang telah mereka jalani menjadi sia-sia, kerana mereka tidak dapat menguasai diri. | jadiberita.com Berikut adalah video perkelahian yang melibatkan kedua pasangan bergu lelaki dari Thailand tersebut:
Pria mengejar, wanita menentukan Coba anda Tanya kepada para Wanita, siapa yang mengejar dan siapa yang menentukan? Pasti kebanyakan Wanita akan berkata bahwa Pria lah yang MENGEJAR dan Wanita lah yang MENENTUKAN “Layak atau Tidak”nya si Pria menjadi Pasangan Wanita tersebut.
Pria itu bagaikan sebuah minuman dingin bagi wanita. Wanita tidak langsung meminum habis minumannya, tetapi mereka meminumnya perlahan-lahan… mereka menikmati manisnya setiap tetes minuman tersebut. Dan jika minuman tersebut sudah habis, mereka AKAN memutuskan apakah minuman tadi enak atau tidak… jika enak, mereka akan meminum minuman yang sama… jika tidak, tentu mereka akan mengganti minuman mereka dengan minuman yang lainnya. Bahkan kadang satu macam minuman tidaklah cukup bagi mereka.
Seperti Minuman Dingin, Wanita menikmati setiap pujian, pelayanan, pengorbanan dan pemberian dari setiap Pria. Wanita secara TIDAK SADAR menikmati semua yang Pria berikan tanpa terlalu PEDULI dengan MOTIF dibalik semua yang diberikan Pria tersebut. Para pria tersebut memberikan pujian, pelayanan, pengorbanan dan materi dengan MOTIF bahwa mereka dapat mendapatkan perhatian dari sang Wanita dan berharap agar sang Wanita merasa TERTARIK dengan mereka. Tapi malahan semua yang diberikan para Pria tersebut “diminum habis” si Wanita tanpa merasa TERTARIK sama sekali kepada para Pria tersebut, Bahkan kadang “satu minuman” tidaklah cukup!
Malangnya para Pria malah berpikir bahwa semua yang mereka berikan kurang banyak, jadi mereka memuji lebih banyak, melayani lebih banyak, berkorban lebih banyak dan memberi lebih banyak dengan harapan akan mendapatkan KETERTARIKAN si wanita. Dan pada saat si Wanita yang secara TIDAK SADAR “meminum” habis lagi “minumannya” tanpa menjadi TERTARIK dengan para Pria tersebut, para Pria menjadi kesal dan marah dan menuduh si Wanita tidak tau berterima kasih atas segala yang mereka telah berikan.
Inilah yang terjadi… Pria MENGEJAR dengan pujian, pelayanan, pengorbanan dan pemberian… Wanita MENENTUKAN siapa yang layak menjadi pasangannya tanpa peduli dengan pujian, pelayanan, pengorbanan dan pemberian para Pria.
Jangan berpikir bahwa semakin indah pujian anda, semakin baik pelayanan anda, semakin besar pengorbanan anda, semakin mewah pemberian anda, si Wanita akan memilih anda.
Maulidur Rasul Madrasah Ar Rahmaniah Peringkat Daerah 1434 H
Tuan Guru Hj Salleh Musa bersama murid / pelajar Madrasah Ar Rahmaniah
Pegawai Daerah Sik
Pegawai Daerah Sik , Ketua Polis Daerah Sik dan ketua-ketua jabatan daerah Sik bersama Tuan Guru Pondok seluruh Kedah Tuan Guru Hj Salleh Musa menyampaikan ceramah Maulid Rasul peringkat Daerah Sik bagi tahun 1434 di Pondok Ar Rahmaniah
Tuan Guru hj Salleh bersama Tuan Guru Hj Abdullah Makkah , Tuan Guru Abdullah Bukit Lada , Tuan Guru Hj Rafae , Tuan Guru Hj Rejab Mat Akhir , Tuan Guru Hj Zakaria Ampang Jeneri , Tuan Guru Hj Wahab Hassan , Tuan Guru Hj Nasir Permatang Kaka , Ust Tarmizi Pondok Pak Ya Telok Bukit Pinang , Ust Ismail Mahmud Bandar Hilir , Ust Osman Sungai Pau , Ust Jamaludin Carok Tok Uban Sik , dan ramai lagi ulama serta ketua pegawai daerah Sik , ketua Polis Daerah Sik dan ketua - ketua Jabatan Daerah Sik berkumpul atas satu tujuan cintakan Nabi SAW sempena Maulidur Rasul 1434 / 2013